Gara-gara sebuah cerita.

Macam biasa kalau pikiran aku melayang, pastinya hati aku mula berkata-kata. Bercerita pelbagai topik sama ada kehidupan ataupun kisah suka dan duka. Yang pastinya aku bukan la jenis nak melayan perasaan. Tapi aku lebih suka untuk menulis dan menaip untuk melupakan segala kisah yang bermain dalam pikiran aku. So nak jadikan cerita, aku ada tengok satu movie jepun dimana pasangan dia ni meninggal dunia. Cerita dia bermula macam ni. So aku letak watak ni sebagai A dan B. Sebelum mereka menjadi pasangan kekasih, hubungan mereka hanya sebagai jurulatih gym dan pemain gym. Namun dalam beberapa ketika mereka bertemu untuk sesi gym tu, mereka saling jatuh cinta. Sejak daripada tu mereka pon menjadilah pasangan. Tetapi hubungan mereka tidak bertahan lama disebabkan pasangan dia ni meminta untuk berpisah. Si A ni mestilah tertanya-tanya, apa salah dia sampai pasangan dia ni minta putuskan hubungan. Kemurungan juga la member tu. Sekali tu, dia ni bukalah dating apps. Dia perasan DP pasangan dia tu dalam apps tu. Rupa-rupanya si B jadi pelacur semata-mata untuk dapatkan duit lebih untuk rawatan mak dia. Kenapa dia buat keputusan untuk putuskan hubungan dengan si A adalah sebab si B merasakan diri dia tidak cukup baik untuk si A disebabkan dia melakukan perbuatan terlarang tu. Bila si A ni jumpa profile si B tu, dia pon buat satu fake account untuk menyamar melanggan si B. Rancangan si A berjaya memperdayakan si B untuk berjumpa. Bila si B sampai depan pintu bilik hotel, dia pon terkejut apa bila dia nampak si A yang membuka pintu bilik tu. So mulalah drama 7.30pm. Si B mulanya nak melarikan diri, tapi Si A menahan dia dari keluar dari bilik. Si A mula bertanya, apa dia membuat kesalahan yang menyebabkan si B meminta untuk putuskan hubungan. Si B pada mulanya enggan bercakap, tapi bila dipaksa dan dipujuk dengan si A, akhirnya si B pon bercerita la kisah disebabkan peristiwa tu. Selepas daripada Si B menjelaskan perkara sebenar, Si A ni pon pujuk untuk Si B ni untuk berhenti daripada kerja macam ni. Si B kata, kerja dia sebagai jurulatih gym tak cukup untuk tampung kos perbelanjaan mereka sekeluarga. Malah Mak si B ni sakit dan kos rawatan yang mahal menyebabkan dia memilih untuk bekerja sebagai pelacur untuk dapatkan duit yang mudah dan bayaran yang mahal. Disebabkan rasa kesihan, Si A ni menawarkan si B untuk bekerja dengan si A dan membayar gaji lebih tinggi setiap bulan. Dalam Masa sama dia cakap dengan Si B ni dia boleh bekerja sambilan untuk mencari pendapatan lebih. Akhirnya si B akur dan bersetuju dengan si A. Tapi part sedihnya, Si B ni meninggal dunia selepas daripada si A belikan kereta untuk kemudahan si B membawa maknya ke hospital. Menangis teresak-esak si A bila dapat tau pasangan dia meninggal dunia. Sampaikan nak bangun pun tak larat sebabkan terkejut dengan berita kematian. Si A ni tak dapat lupakan si B ni. So apa yang dia buat adalah dia bantu mak Si B ni untuk menjalani rawatan. Si B ni anak tunggal so tak ada sesape yang jaga mak si B ni. Si A ni jaga mak si B ni sampailah mak si B ni pon meninggal dunia. So begitulah ceritanya. Aku ni cerita sebagai ringkasan je. Dan sebabkan cerita tu la mula menjentik perasaan dan hati aku. Tengok cerita tu la macam-macam bayangan muncul dalam kepala aku. Terus jadi auto sedih. Siot je.

Comments